Kembali Semula

Setelah sekian lama menyepi, ana muncul kembali. Bukannya merajuk membawa diri, cuma beruzlah menjaga diri. Dalam diam tak diam, sudah banyak isu yang hangat berlaku di sekeliling kita sepanjang pertapaan ana. Ana sebenarnya masih dalam krisis mencari imej bagi blog ana ini. Sudah banyak blog yang dilawati. Sudah bertimbun komen yang diterima. Namun, ana masih buntu untuk meletakkan imej blog ini.
Berdasarkan pemerhatian kepada beberapa blog, ada beberapa jenis blog yang menarik dan menyebabkan ana berminat untuk melawatnya buat kali yang seterusnya. (bahkan ana meletakkan status 'my favourite' pada blog-blog tersebut. )
Antara kategori yang betul-betul menarik dan memberikan kepuasan membaca (berdasarkan pemerhatian dan kajian yang ana lakukan) ialah :
1) Komentar tentang suasana dan berita semasa.
- selalunya penulis blog akan menyertakan sekali artikel ataupun kata-kata yang dipetik daripada surat khabar, majalah, blog , e-mail, berita dari t.v, radio dan apa sahaja yang boleh di ulas. Penulis biasanya adalah orang yang sangat matang dalam memberikan komen. Antara blog yang menarik dilawat ialah apabila ia membincangkan isu politik dari perspektif yang berbeza.
- Antara blog yang boleh dilawat ialah :
1 ) http://n32.blogspot.com/
2) http://www.jasindaily.blogspot.com/
3) http://tauxpe.blogspot.com/
4) http://sangkelembai2006.blogspot.com/
2) Pengongsian ilmu secara mendalam
Tidak ramai penulis yang berkecimpung dalam penulisan blog seperti ini. Mungkin disebabkan penulis seperti memerlukan ilmu dan pengetahuan yang amat luas bak samudera dalam memberikan pengajaran dalam sesuatu isu. Ana teringin jugak kadang-kadang untuk buat penulisan macam nie. Tapi, mengenangkan kembali nipisnya ilmu di dada, seringkali niat ini terbantut. (^^)
- Antara blog yang boleh dilawat ialah :
1) http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com/
2) http://tehranifaisal.blogspot.com/
3) http://themimbar.blogspot.com/
3) Karya motivasi
Kalau dulu, ana memang minat baca tulisan seorang blogger, pakdi nama dia. Gaya penulisan dia lain dari yang lain. Dia mengajar ana untuk melihat sesuatu dari aspek yang berbeza. Tak ramai yang menulis dalam kelompok ini. Daya kreativiti yang tinggi sangatlah diperlukan. Silap haribulan, bukan aje orang tak faham apa yang ditulis, malah nanti dituduh pulak mengarut. Naya ajer.. huhu.. (^^)
1) www.blog.pakdi.com
4) Penceritaan pengalaman dan kisah hidup sebagai pedoman yang lain.
Gaya penulisan ini paling ramai orang buat. Simple and easy. Ana suka kalau penulis tue mengolah hidupnya yang dilalui mengikut perspektif islam. Maksudnya, dia tak biarkan penulisnya kosong begitu sahaja tanpa makna. Paling kurang, mesti ada sedikit unsur tazkirah @ peringatan dalam setiap penulisan yang ditulis. Tak kisahlah dalam bentuk ayat al-quran, hadis, kata-kata ulama', sirah nabi, kisah - kisah sahabat dan apa sahaja yang dapat mendekatkan diri dengan Allah. Kadang-kadang, ana suka buka blog sahabat sekampus ana bila dia berkarya. Seronok dengar ulasan hidup sebagai seorang mahasiswa dari perspektif seorang muslim. Tabik spring kepada sahabat sahabat ana ini.
Ni ana lampirkan sekali blog sahabat-sahabat ana yang best untuk dilawati.
1) http://nurulsharina.blogspot.com/
2) http://www.xanga.com/firNAss
3) http://alfursan.blogspot.com/
4) http://krongkrang.blogspot.com/
Setakat ni, ana masih belum lagi ambil keputusan sama ada hendak berterus terang dalam memperkenalkan diri atau terus kekal merahsiakan identiti. Banyak perkara yang boleh dibuat bila berahsia, dan ada juga kebaikan apabila terbuka.
Apapun, selamat membaca semula.
Terima kasih.

